Jun 2, 2011

Ku Mohon PadaMu..


Berat sungguh hati ni mengungkap kata
Kata yang selama ini bersembunyi di dalam jiwa
Kerana tak mampu meluahkannya
Hanya berdoa agar dia dapat merasa..
Di setiap malam aku datang
Melewati gelap suara hatinya
Di setiap detik selalu ku tunggu
Di setiap senja yang mendatang
Aku sentiasa nantikan belaiannya
Secebis harapan
Demi mencari keindahan hidup
Seberkas Impian
agar dia berubah menjadi kenyataan
Setiasa ku lantunkan doa dan harapan
Menebus ketenangan
Dalam kelemasan diri ini
Mengakhiri doa dgn rentetan kata
Amin Ya Rabbal 'Alamin
Agar mimpi-mimpi semulus harapan
Agar mimpi-mimpi jadi kenyataan
Ya Allah, Ya Tuhan ku
Dengarkanlah Doa ku
Dalam keheningan malam ku
Aku redha dgn ujian Mu..

Aku mengharap setitis kasih dariMu.. Lindungilah aku, Kasihilah aku.. Payungi aku dengan limpahan rahmatMu Ya Allah..
Ternyata tiada keyakinan dalam dirinya bahawa aku mampu membahagiakan dia Ya Allah.. Hidupku selalu disakiti, di pandang hina oleh orang lain mahupun ibuku sendiri.. Tapi aku masih seperti dulu yang terus menyayangi dirinya..
Dia beri aku harapan.. Kemudian pergi.. Aku sentiasa membuka ruang dan pintu hati ini untuknya..Tidak sedikit pun aku membencinya.. Malah bila dia pergi, tidak pernah aku memberi ruang kepada kaun Adam yang lain.. Kerana aku amat mengasihinya..
Ya Allah, janganlah Engkau sesatkan aku.. Aku memohon dan meminta biarlah aku tetap berada di landasan yang Kau sediakan untuk para muslimah seperti aku..
Ya Allah, Kau lembutkanlah hatinya.. berilah kemudahan padanya untuk menyelami isi hatiku.. Dan permudahkanlah untuknya agar menjadi sebahagian dari Hidupku..
Pereratkanlah kasih, sayang, cinta dan penghormatan serta perhubungan kami.. Bantulah dia Ya Allah.. Bantulah dia mencari erti hidupnya sendiri.. 
Senangkanlah apa yang sukar baginya (masalah)..
Luaskanlah jalan yang sempit (cita-cita)..
Luruskanlah apa yang menyimpang (matlamat)..
Rapatkanlah semula apa yang jauh (hubungan)..
Tenangkan apa yang bercelaru di fikirannya (kemarahan)..
jernihkan apa yang telah keruh (kesilapan)..
Dan Kau kuatkanlah semula apa yang telah lemah (semangat)..
Ku mohon padaMu Ya Allah.. Sesungguhnya aku amat menyayangi dia.. Kau bahagiakanlah dia..
Semoga dia gembira.. Meskipun jika aku ditakdirkan untuk tidak bersamanya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...